Friday, December 3, 2010

hari ni aku betul2 x tenteram n serba x kene entah kenapa...aku rasa diri ni gagal sgt..aku kene redha,sume keje yg aku wat rasa x betul,fikiran aku sgt celaru yg aku ingat cuma nak balas dendam,tapi hari ni berakhir la semuanya aku gagal..done!
macam2 aku plan nak wat tapi sume x menjadi coz kwn2 aku kata klau aku ikut kata2 setan yg kuasai diri aku sama je ngan mereka yg aniayai aku..akhirnya aku serender.
hari ni aku mampu bertahan..bertahan dan terus bertahan..aku terima segala ketentuan Tuhan Aku akan cuba bangun dan delete sume kedukaan hidup....adakah aku mampu??????

Tuesday, November 9, 2010

Aku cuma ada seorang adik. Lelaki dan usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.
Petang itu, pulang saja dari sekolah, ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.
"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.
Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.
"Baik, kalau tak mengaku, dua- dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.
Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata,
"Saya yang ambil!"
Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik.
Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut.
"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"
Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya
tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. -.
Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,
"Jangan menangis kak, semuanya dah berlalu!"
Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku.
Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.
Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata,
"Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"
"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.
"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"
Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.
"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"
Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak, kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg.... sebuah penampar singgah di pipi
adik.
Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.
"Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"
"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku
memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.
"Kakak perempuan... biarlah kakak yang berhenti."
Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata,
terdapat sehelai kertas yang tercatat.... ."Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."
Apa lagi yang Aku tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:
" Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"
"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"
Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.
"Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"
Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"
Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen
pada pakaian adik.
Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara,
"Akak tak peduli apa orang lain kata."
Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu. Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata,
"Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."
Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.
Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.
"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."
"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."
Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.
"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.
"Tak... Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat
menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."
Apalagi...aku menangis seperti selalu.
Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.
"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.
"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."
"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.
"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.
Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya,
"Siapakah orang yang paling anda sayangi?"
Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya" katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.
"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak
membuka kasutnya dan memberikannya pada saya.
"Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar "
"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."
Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.
"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat... dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada.."

Monday, June 28, 2010

LELAKI BILA DAH JUMPA PEREMPUAN

Kalau perempuan cantik pendiam

lelaki akan kata: wow!ciri2 isteri idaman...

Kalau perempuan tak cantik pendiam
Lelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer...

Kalau perempuan cantik berbuat jahat

Lelaki akan kata: mst ada krisis nih...kesiannyer...
Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: dah la tak lawa,perangai plak mcm sial!!

Kalau perempuan cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: wow!heroin sejati...

Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: hmm...taktik nak ngorat la tu...

Kalau perempuan cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: ok la...bagai pinang d belah dua...
Kalau perempuan tak cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: kesian...mst dah kena bomoh lelaki tu...

Kalau perempuan cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu btol mamat tu!!
Kalau perempuan tak cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: patut pon kena reject...

Kalau perempuan cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: ntah dato' mana bela ni...
Kalau perempuan tak cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: mesti anak org kaya ni

Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: wah...caringnyer...
Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: eleh,gedik la tu...

Kalau perempuan cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: don't worry,i will make u happy forever...
Kalau perempuan tak cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: ckit2 nangis!!gembeng tol..ngade2 la...

Kalau perempuan cantik pandai masak
Lelaki akan kata: dah la lawa,pandai masak plak tu...

Kalau perempuan tak cantik pandai masak
Lelaki akan kata: ntah sedap ke tak tu...

Kalau perempuan cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: syoknye!!rindu la tu...
Kalau perempuan tak cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: ko ni takde keje lain ke??!sibuk ni tau tak!!

Kalau perempuan cantik hantar email hari2
Lelaki akan kata: sukenyer...!!
Kalau perempuan tak cantik hantar2 email
Lelaki akan kata: asyik2 email dia...boring!

Untuk semua yang frust termasuk aku... hehehehe

Lupakan si Dia

Artikel ini telah disumbangkan oleh touyakaruma

Biasa la bila bercinta semuanya indah… Memang tak dapat lupakan si Dia. Makan ingatkan si Dia, tidur ingatkan si Dia, mandi ingatkan si Dia… Boleh kata dalam apa jua hal pun memang teringatkan si Dia la.

Tapi masalahnya bila dah putus cinta pun masih ingatkan si Dia. Susah nih… Jadi di sini ada sedikit tips kepada sesiapa yang ingin lupakan si Dia kamu.

Terima Hakikat
Pertama sekali and perlu menerima hakikat si-Dia anda bukan lagi milik anda. Anda perlu belajar untuk menerima kenyataan bahawa pertemuan akan berakhir dengan perpisahan dan perpisahan adalah permulaan kepada pertemuan.

Melarikan diri
Siapa kata melarikan diri tidak menyelesaikan masalah ? Memang melarikan diri tidak akan menyelesaikan masalah tetapi ia dapat mengurangkan tekanan anda. Cuba anda pergi ke satu tempat yang agar jauh dari tempat anda dan rehatkan minda anda. Tapi jangan la buat kerja gila dengan pergi ke tempat anda date dengan si-Dia anda.

Luahkan perasaan anda
Emmm luahkan perasaan anda kepada sahabat karib anda. Mungkin dia tidak banyak membantu tetapi sekurang-kurangnya dengan meluahkan perasaan anda akan dapat menghilangkan tekanan anda.

Anda pula dengar luahan mereka
Apabila anda mendengar luahan rakan anda sekurang-kurangnya anda tahu bahawa anda bukan seorang sahaja menerima nasib yang teruk .

Ingat dekat orang lain
Masih tak dapat lupakan si Dia? Urghhh susah nie. Macam nie la kalau masih teringatkan si Dia kenapa anda tak cuba ingat dekat orang lain… Ahli keluarga ke, artis ke, idola ke, tapi kalau boleh jangan cuba untuk teringatkan kawan sejantina anda… Bahaya tu karang jadi lain lak.

Buang jer hadiah tu
Bunga ke… Jam ke… Penanda buku ke… Novel ke… Anda buang sahaja hadiah tu… Mungkin ia seperti anda tidak menghargainya namun itulah yang terbaik. Atau anda pulangkan kembali hadiah itu kepada si Dia. Walaubagaimanapun jangan jual hadiah itu kerana anda seperti menghina pemberian si Dia. Dan satu lagi kalau si-Dia bagi anda hadiah seperti rantai emas berjumlah RM5000 saya rasa takyah laa buang hadiah tu. ;))


Saturday, June 26, 2010

entahlah kat mane aku nak mulakan story ni tapi yg aku tahu masa aku nak taip ni aku tgh sakit ati sgt kat sorang ni,aku yg berhati2 dlm sume hal leh tertipu ngan sorang ni..ari ni segalanya dah terbongkar.Masa aku kenal dia ni secara x sengaja,memang aku ngaku la silap aku berani main ngan api,mula2 di awal kenal tu aku ngan dia biasa je x de apa,tapi bila dah selalu jumpa aku leh terjebak"DAP"hahaha...tapi aku jenis yg wat bodoh je x suka memaksa sampai 1 masa dia ckp sendiri...so bermula episod aku..sepanjang aku berkawan rapat ngan dia ni aku selalu je moody,ramai yg tegur,bukan apa aku ni jenis kalau kene marah aku malas nak layan aku suka wat bodoh jer,tapi bila aku sorang2 je mula la aku fikir..pastu nangis,tapi bila dia cari aku balik aku lupa balik dia marah aku..begitulah seterusnya. mkn bulan gak la...dari mula kwn sampai terlebih dari kwn...dia kata aku baik sgt tht y dia leh get long ngan aku..tapi sumenye hampeh...klau nak fikir2 balik aku yg byk tolong dia,tu sume aku x kisah,tapi bila dah jadi cam skg baru aku terfikir dia rapat ngan aku untuk apa..tapi aku dah ada jwpn nya sendiri....takpe la sume salah aku coz buta kerna cinta...
apa yg aku cerita ni berlaku beberapa bulan yg lalu n masa aku taip ni dah dekat sebulan aku dah xde apa2 ngan dia...tapi ari ni aku tekejut coz dlm tempoh x sampai sebulan aku xde apa ngan dia,aku dpt tahu dia bertunang...actually aku xde lah suffer pasal dia nak kawin ker tunang ker wat everlah..cuma aku x leh terima takkan lah x sampai sebln tup2 dpt tahu dia bertunang...huhuhu mmg aku kene tipu lah selama aku ngan dia...b4 ni aku dah leh bangun coz we all as a frenz je tapi ari ni aku rasa betul2 bengang...terfikir gak aku,ape yg dia dapat wat aku cam ni...teringat lak aku,klau aku wat salah dia marah aku beria2...tapi klau dia wat salah aku wat bodoh je,malas nak gaduh..sampai kata aku ni baik sgt n selalu tolong dia..
hari ni aku bukak mata,lelaki mmg susah nak dpercayai,entahla ..org kata x sume,tapi yg aku jumpa sumenya sama...cuma aku doakan dia bahagia n sedar apa yg dia wat kat aku...tapi aku anggap apa yg berlaku ni sume dugaan utk aku..n moga 1 hari nnt dia terjaga dari mimpi dia yg dia pernah melukakan ati aku....
skg aku makin percaya bila org kata cinta tu buta...so,aku nak bangun n cari duit banyak2 nak kumpul harta x nak fikir pasal lelaki..ada jodoh adalah...moga tuhan ampunkan sume dosa aku b4 ni..so aku anggap ni sume ujian aku atas kesalahan aku sebelum2 ni....amin.

Tuesday, February 16, 2010

coretan hidupku..

lama tak menulis..tetiba rasa rindu lak nak coret2 kat blog yg dah sekian lama dah bersawangni ..erm byk kejadian yg belaku n tak di duga,dlm aku seronok keje kat pj entah cam mane aku boleh berhenti yer,actually aku still syg lagi tapi nak wat cam ner jodoh aku ngan company tu pendek,sape duga,even aku sendiri pun cam x caya aku leh resigned from company tu,x sampai 2 hari aku wat keputusan nak kuar terus dari opis tu,sumenye kerna....ssh nak kata,betul jugak org kata kita ni nak keje jangan ada kwn 1 opis nak plak yg jadi incharge kita tu pernah jadi kwn baik,so x suka pun telan,masa baru masuk janji macam2..tapi akhirnya aku yg angkat kaki blah terus dari situ..mula2 sedih gak tapi bila kenangkan staff lain cakap..klau aku ada bos senyap jer bila aku kuar ur x dtg keje mulut bos aku tu asyik berckp jer sampai x terlayan staff2 kat situ..kata diorg la..n aku pun perasan benda2 camtu..bila dah sampai 1 tahap aku rasa cam give up coz aku terfikir bertapa tidak profesionalnya seorg bos n dimana ciri2 seorg leader..b4 ni aku selalu dgr bos aku mark staff yg pada dia mendtgkan masalah..n setiap staff tu sume resigned terus..n tak sangka aku pun 1 of da diorg,,hahhaha...tiap kali aku masuk opis jer muka dia x pernah senyum..ari2 moody..sampai kitaorg pun rasa serba salah,mmg la kitaorg ni kene kejar target n aku selalu x dpt 1 ranking aku tiap2 bulan 2nd tapi ape aku kisah coz beza bukan jauh pun 2 3k tu pasal aku x kisah..tapi pelik lak boss aku ni perkara2 cam ni pun x leh nak fikir cara logik...lagi 1 perkara lain yg wat aku bengang ngan boss aku ni..dah tahu aku ni experiance wat keje2 admin ada ker dia kasi org yg 1 ranking tu wat n aku dia suruh jaga performance staf..tapi dlm masa yg sama kata result aku x bagus..ptt suruh la yg tiap2 bulan dpt 1 ranking tu jaga performance n aku wat admin coz aku ada background keje2 tu..klakar kan...masa tu aku terfikir nape boss aku x leh fikir benda2 kecik camtu..1 lagi dia kata dia x kenal aku.tapi nape dah lepas sethn baru kata x tahu aku cam ner sedangkan masa aku leh kasi result x pernah lak ungkit perkara2 camtu..aku tahu mmg ssh nak jadi boss n dlm masa yg sama nak jaga ati sume staff...pada aku la bila seseorg tu dah sanggup pikul bebanan sesuatu perkara ..kita kene la wat yg terbaik..aku bukan nak ckp ape la..cian aku tgk staff kat situ..makan ati selalu..tht y la kitaorg suka take avantage..sepanjang perjalanan aku kat situ,dah berapa kali cakap benda yg sama tapi x nampak ape2...aku tgkla effort staff bagi all out bila time kerje,even diorg wat keje tahyul sambil2 tu,tapi tangan jalan,nape boss x nampak,boss nampak yg salah jer..paling aku sedih bila aku nak resigned aku bagitahu dia aku nak resigned dia just kata ok jer..x de respond cam mengalu-alukan aku berambus jer,x tanya npe..sampai la ni aku pelik..tapi aku tak kisah coz aku ingat kata2 ex-boss aku kat aeon dulu..sape bagi result bagus bos suka..hahhaa walaupun 1 ranking tu x dapat target sebenar..tapi sebab 1st punya pasal..dia yg da best...klakar la..apa2 pun aku punya kenangan manis kat situ,kenal ramai staff yg kuar masuk,aku ingat sorang staff tu kata kat aku,yg aku akan kuar jugak dari opis ni coz x satisfied ngan kwn aku..ermm betul2 kata2 dia..baru2 ni dia baru dpt tahu aku dah x keje,terus dia gelak kat aku..coz b4 ni aku betul2 pertahankan kata2 dia x benar ..syg kawan punya pasal..last2 aku yg resigned...
22nd dec 2009 aku g opis baru..aku dah berazam nak wat bodoh jer cam x tahu ape,tapi hampeh 3 4 org pernah jumpa aku..so 1st day dah aku dah ada kwn..kat opis ni 100% melayu so aku dpt agak company baru aku ni nak tolong bumiputra..murni sungguh,n staff kat sini ramai bangat..sampai la ni ada lagi aku tak tahu nama org,selalu salah panggil..n kat opis ni aku dah x payah nak fikir nak pakai kasut ape coz konsep kat opis ni kemelayuan ..masuk opis bukak kasut..masa mula2 tu berapa kali aku pakai kasut kat dlm opis..tapi skg aku dah biasa..opis ni terus wat aku teringat kat aeon coz semangat berlumba2 tu..jeles sesama sendiri tgk result org lebih..sume tu perkara2 sihat n aku rasa cam kembali kepada semangat lama aku..tapi x tahu la sampai bila aku bertahan..doa2 kan aku la keje lama...sejak keje baru ni cian gak kwn2 hangout n happening,aku dah x join diorg g squash,tgk movie..lepak cam selalu...sori geng....aku tahu korang marah..tapi nak wat cam ner aku minat keje aku sekarang ni..keje yg sentiasa sibuk n sampai x de masa nak rasa mengantuk cam selalu....
..dalam sibuk2 aku keje..aku ada gak curi2 masa wat2 keje2 nakal aku..saje nak realease tension...baru2 ni aku wat sesuatu di luar jangkaan aku...entah nape aku jadi camtu aku pun tak tahu tapi dah berlaku aku tak leh patah balik..hidup mesti diteruskan...
sekarang aku makin kenal diri aku ..aku ni jangan dicabar rupanya...sapa sangka aku dicabar kenal seseorg..akhirnya aku benar2 kenali seseorg tu....n aku tahu aku x kemane x pelah wat tambah2 kwn jer.....n yang bestnye dia ni punya ingatan yg sangat kuat aku sendiri pun lupa sesuatu perkara yg berlaku tapi dia ni ingat jer..aku kene hati2 ngan sorang ni..x leh salah ckp...n kepala otak dia mmg best gila2 cam aku gak..aku mane leh kalah ngan orang..akukan ego..nnt malulah aku.....hahaha......

Monday, February 1, 2010

cinta
cinta suatu kalimah yang membuatkan aku getar
cinta buat aku terasa terawang-awangan,
kadang kala cinta buat aku melupa diriku berada dimana
kerna cinta jua sentiasa buat aku berada dalam dilema,
cinta
setiap kali nafasku bergetar,kenapa dia yang ku ingat,
setiap kali kakiku melangkah kenapa dia yang kulihat,
aku letih dikejar bayang-bayang cinta,
walaupun ku tahu cinta itu suci
sesuci cinta KEPADAMU YANG MAHA ESA
terima kasih...kerna KAU..
memberiku peluang merasa nikmat bercinta...