Saturday, November 5, 2011

salam aidiladha

ramai yg kurang faham maksud sebenar bila dtgnya aidil adha..tahu raya je,sama gak ngan aku,tapi aidilfitri bkan main lagi prepare nak sambut raya cam kat jln TAR stat ramadhan stat gakla jualan sepanjang jln TAR..dan ramai la org2 perpusu2 nak beli persiapan raya except aku la..mmg x g la x kuasa aku..nak berhimpit2 ngan org2 ramai n berebut2..tapi kenapa aidiladha tiada sume tu..n org2 kitee pun cam nak tak je menyambutnya..mungkin aku pun sama kurang faham erti sebenar tapi sekurang2nya aku masih faham definasi sebenar aidiladha ..mungkin la mindset org malaysia dah mmg macamtu...pada aku setip perayaan di msia ada mesti ada keistimewaan tersendiri..

salam aidiladha ada sume yg menyinggah kat blog x seberapa ini,moga segala pengorbanan yg kita pernah n bakal lakuan dimuka bumi ALLAh ni diberkati n diredhaiNYA..


Sunday, October 30, 2011

pot pet ari ni...

cam ner nak stat ye,ok ada kawan rekemen novel kat aku,punya teruja aku paksa kakak aku tolong beli,huh semalaman aku tak tido,so ari ni aku dapat habiskan satu buku,then kakak aku tanya cam mane best ke novel tu sampai x tido mlm,aku hanya mampu cakap,hancuss...pelik aku novel skg,x macam dulu,tajuk buku x serasi dgn isi kandungan..huh sedey. Hari ni aku layan tv tgk ulangan cerita kat astro,1st aku layan ustaza pilihan,huh takut aku tgk wanita2 sekarang lantang bersuara..mmg berani ustazah2 tu sume,klau aku mmg x mampu la..for sure aku gabra coz aku ni ada penyakit glabah sikit..sebagai peneliti ur penonton aku agak la klau org 2 lelaki tgk ustazah pilihan,mmg diorg geling kapla ..hahaha...then aku tukar channel ada lak cite yg aku x sangka maharaja lawak mega,bile layan aku tgk mak aii bukan calang2 peserta 80% dah ada nama kat malaysia..berani la diorg ni nak kene jugh coz pada aku nak wat org ketawa bukan senang,maybe minggu ni org ni wat kite gelak nx week belum tentu tidak...n tukang kritik aku suka sgt coz sume xde kene mengena legend tukang masak,legend bola sepak,diva penghibur...good aku suka coz pada aku pengkritik untuk lawak ni x payah sgt pun as long org bahak2 gelak tu dah memadai...abis tu aku tukar channel lagi ada cite masterchef huh,giler..dah masuk 2 week aku layan cite ni,potong bawang,pukul telur sume ambik kite..makk aii..kata mak aku masa potong bawang tu,klau aku join sure aku kene anta balik sbb part tu aku dah fail...ni plak nak kne masak....
oklah stop kat cni aku merapu....

Thursday, October 20, 2011


lama x merepakkat sinikan..apa nak story ye,yang aku tahu masa aku wat entri ni aku kat umah tangah mc..huh..entah la aku rasa bulan october ni mmg penuh ngan dugaan 1st week aku dah demam panas sampai mc 2 hari la...last week aku rasa badan aku sakit2 je especially kat bahu sebelah kanan,kata kwn2 kat opis atas bahu aku ada jin cam cite antu dlm filem..huh seram aku..tapi mak aku panggil orang dtg urut dah ok..katanya salah tido..oklah...tapi this week aku nak cite diri aku yg tetiba je pada selasa malam aku rasa x sedap badan masa balik keje..masa aku raba belakang badan aku cam ada bintik2..aku ni jenis wat bodoh je malas nak fikir ..balik tunjuk kat mak aku dia kata kat belakang aku dah merah2 adoi...x kan sakit lagi kot..klau boleh aku nak elak dari mc lagi..yelah aku ni kje makan gaji klau asyik cuti je confrm la bos tarik muka..so aku g kje macam biasa,tapi aku tahu ada yang x kene ngan aku..so aku tunjuk kat geng2 aku terdekat n suruh diorg tengok..ada je spekulasi diorg ngan aku..hahaha..masa balik umah mak aku tgk lagi cam dah teruk x leh jadi ni kene g clinic .so cam biasa la dapat ubat sapu je..tapi pg tadi aku kne g klinik gov..hahaha doctor x tahu dia pun terkejut tgk belakang aku n kasi aku cuti 2 hari tapi esok kene g balik DR nak tgk kesan ubat yg d kasi..mak aii mc lagi 2 hari ...so DR pun kata teruk belakang aku ni..nak kata campak x campak..nak kata jerawat pun bukan hahaha...dah macam chikin pox pun ada..yg aku lak tahu nangis..nangis..n nangis..sbb aku je rasa badan aku ni..balik umah..aku tido..entah bila mak aku deal ngan sorang pakcik ni..aku g umah sorang pkcik ni..yg ada ilmu sikit..kata mak aku kene usaha jugak cara lain..cian gak aku tgk mak aku..mcm2 usaha nak baik kan aku ni....penuh tul dugaan aku untuk bulan ni...sume penyakit aku ni apa yg mampu aku wat adalah sabar dan redha..moga mungkin dgn cara ni dpt hapus dosa2 aku yg lalu...doakan aku cepat sembuh ye..pada bos aku..sori byk2 aku mc lagi...bukan aku nak pun jadi cam ni..aku pun tahu keje cam kite mane leh x dtg ...so tolong maafkan saya bos....dan aku tahu ni ni ujian untuk aku..yang pasti aku kene pantang makan tu yg wat aku lagi sedey...tu ada pic belakang bdn aku x leh tunjuk sume takut lak tertunjuk lain..hahaha....daaaaaaaaaaaaaa


Sunday, September 25, 2011

Tujuh kalimat yg harus dibiasakan...

1.Bismillahirrahmanirrahiim :)
Setiap hendak melakukan sesuatu.

2.Alhamdulillah :)
Setiap habis melakukan sesuatu.

3.Astaghfirullah :)
jika melakukan sesuatu yg buruk.

4.Insya Allah :)
jika ingin melakukan sesuatu pada masa yang akan datang.

5.Laa hawla walaaquwwata illaah billaah :)
bila tidak bisa melakukan sesuatu yang agak berat/melihat hal yang buruk.

6.Innalillahi wainna ilaihi rojiun :)
jika melihat/menghadapi musibah.

7.Lailaha illallah :)
bacalah siang & malam sebanyak2nya.


Rasulullah bersabda :)

"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yg mengamalkan, maka walaupun yang
menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala... :)

info utk semua

BACA! BACA! BACA! Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai. Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai. Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa. Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita .. Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka, Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua. Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam. Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma! Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia ! Jadikan amalan : 1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar. 2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta. 3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam!!!

yahoo..akhirnya dpt gak bukak blog ni..huh cam ner leh lupa pasword.

Sunday, August 21, 2011

TOLL GATE GIRL-1/12

cite ni aku upload coz aku suka sgt jln citenye simple je..siap beli vcd ori lagi..pastu ada hamba allah pinjam x pulang2..w/pun hero drama ni belakon kaku je...tapi disbbkan skrip yg baik n pelakon 2 lain yg bagus..so aku leh layan cite ni beulang kali...amy mastura dalam cite ni aku mmg kagum..x nampak cacat cela dia dlm lakonkan drama ni..n kat awal cite juga korang leh tgk muka rita rudaini n que haidar...diawal penglibatan diorg dlm dunia lakonan..diarg bedua ni mmg berbakat la..tu sbb diorg ni ada nama skg..n yg pegang watak2 family amy kat kg ni..aku x nak ckp apalah..diorg ni mmg terbaik..setiap butir kata yg kuar dari mulut diorg ni mmg mengkagumkan spontan je..mmg best sgt cite ni...salah satu sbb aku mskkan cite ni coz cite ni khas untuk hari raya n kebetulan kite ni pun dah diakhir2 ramadhan..sesuailah..tgk cite ni..

TOLL GATE GIRL-2/12

TOLL GATE GIRL-3/12

TOLL GATE GIRL-4/12

TOLL GATE GIRL-5/12

TOLL GATE GIRL-6/12

TOLL GATE GIRL-7/12

TOLL GATE GIRL-8/12

TOLL GATE GIRL-9/12

TOLL GATE GIRL-10/12

TOLL GATE GIRL-11/12

TOLL GATE GIRL-12/12

Sunday, July 31, 2011

Ya Allah,
ampuni kami dan ampunilah orang-orang yang bersalah pada kami,
kurniakanlah kami hati yang bersih memasuki bulan yang suci ini.
Ya Allah,
hanya ampunanMu yang kami harapkan,
hanya rahmatMu yang kami dambakan,
hanya surgaMu yang kami impikan...

Aamiin..

Kebaikan adalah akhlak yang baik" (HR.Muslim no. 2553, shahih)

Berbuat baiklah kepada siapa saja, dan juga berbuat baiklah kepada diri sendiri, berbuat baik kepada diri sendiri seperti kita menjaga solat, puasa di bulan Ramadhan, dll..maka semoga dengan itu Allah merahmati kita dan membuat kita bahagia di dunia dan akhirat.

Tuesday, June 28, 2011

semalam tgh tgk telek2 blog org lain tetiba terkejut aku jumpa blog n i http://pukulanmatkelang.blogspot.com ..mat kelang...cam penah dengar je sebelum ni..tetiba aku nampak pic rumah kg aku kat selandar ur aku panggil selandau...rupa2nye HEBAT sungguh moyang aku tu..punya la aku tak tahu pasal arwah ni..kagum2xx...n ni lah 1st time aku tgk wajahnya....

Friday, January 14, 2011

lama x menulis kat ruangan,entah la tetiba tergerak ati aku nak bukak blog ari ni...ari ni aku x sihat untuk g keje nape tah,kepala sakit sangat nak g clinic aku malas xpe la aku berani mati...coz aku mmg ada migrain n gastrik yg teruk gak sampai muntah2..dirumah aku hanya menghabiskan masa dgn tido..tido n tido.coz tu je yg mampu aku wat..w/pun jauh di sudut ati aku mmg nak g keje ..tetiba lebih kurang dalam kul 5pm anak sedara aku kejutkan aku bgn katanya hp aku asyik bunyi je..bila aku tgk skrin aku kenal panggilan dari sapa..dalam perpisat2 aku dapat berita tentang x enak di tempat kerja aku...aku terdiam..menurut rakan ku semua telah dirombak sekelip mata..mmg terkejut la...tapi siapa aku untuk berkata tidak......
dalam keadaan yg x sihat aku gagh jugak menalefon geng aku yg lain untuk mengesahkan perkara ni..betul...aku tahu suasana ditempat keje skg dlm keadaan tegang..adoi...aku mendengar segala rungutan dari sahabat2ku..ada yg membetitahu aku nak resign la,nak antar notis 24jam la ..keje sampai hujung bulan ala...adoii...aku cuba menerangkan dan memujuk supaya tidak bertindak terburu2..
....pada pandangan akulah yg dah berpengalaman lama dlm keje ni x perlu nak fikir pada org atasan coz keje cam kita kene penting diri sendiri ,bagi je ape yg dia nak...coz pada aku la selagi yg bagi arahan kat kite hari2 bukan tuan punya company aku anggap dia pun kuli macam aku gk n kelebihan dia cume leh arah2 org wat tu..wat ni...tu je bezanya...
isnin ni aku akan berdepan dgn perkara baru dlm hidup aku,cam baru masuk kje balik la,bezanye dtg keje tempat yg sama,kwn2 yg sama,wat keje yg sama jugak..bezanya bos yg baru..dgn pertadbiran yg baru jugak...
ramai yg dah giveup aku malas nak fikir pasal tu coz kepala aku sakit x baik lagi sekarang makin sakit adalah so aku kene cuba dulu...n nak rasa keadaan yg sebenar seperti yg aku dgr staff2 mereka cerita....