Friday, October 12, 2012

1st day jadi penganggur...

cam x caya ari ni aku salah sorang penganggur kat m'sia ni..dah bertahun2 aku kje akhirnya..aku jadi penganggur..huh semalam sejarah dalam hidup aku..notis 24 hour...hanya kerana aku sakit semula..entah la kadang2 nak caya pasal  bomoh 2 ni susah tapi bila aku mengalaminya sendiri ..rasa sakit tu aku rasa..dah hampir tiap2 minggu duk buang setan dalam badan..tiap2 minggu x sedar diri asyik kene rasuk jer..finally dgn air mata mak aku..company lepaskan aku tanpa sebarang syarat..n dalam sekelip mata aku hilang pekerjaan atas paksaan mak aku..yg x sanggup nak menangis sbb penyakit pelik aku ni...aku redha mungkin ni jalan penyelesaian untuk aku x nak menyusahkan sesapa..mungkin ni juga buat mak aku tenang hati..aku takde pilihan...sayang sangat nak lepaskan kerja aku tu..aku terlalu suka..tapi aku x terdaya nak menanggung sakit..tiap2 minggu berubat..walaupun aku tertarik diberi pilihan untuk cuti tanpa gaji..tapi nekad mak ngan kakak aku dari aku mendekati company itu membuatkan aku tiada pilihan..aku x sempat nak buat solat istikarah..semuanya cam mimpi..isnin n selasa aku keje seronok dgn kwn2..rabu aku sakit..khamis notis 24 jam..dah 3 thn aku bekerja hanya kerana sakit aku berulang aku hilang pekerjaan sekelip mata..xpelah..ini permintaan keluarga aku..semua gembira bila aku dah resigned..tapi aku macam mane..mulut aku bagai terkunci meluahkan rasa utk akan terus bekerja, hanya kerana ketegasan mak, aku redha..mungkin ada hikmahnya..

hari pertama ddk dirumah pagi dah bangun g pasar...sume aku nak makan mak aku masak coz aku tahu dia nak hilangkan rasa gundah aku dari termenung..yelah..bila aku diam je dia mula lah ckp2 ngan aku mungkin mak aku risau...berulang mak aku ckp jgn sesal pasal keje..duit boleh cari...ko x keje pun x pe..mkn apa yg ada....

hari ni aku ikhlas mengaku untuk semalam aku terpaksa untuk resigned.tapi ari ni aku ikhlas aku redha semua yg terjadi...mungkin klau aku ada ditempat mak aku pun buat pilihan yg sama..doakan kesihatan aku bertambah baik...

1 comment:

  1. tabah kak yer. Intan tatahu pn akak ada sakit2 ni. harap sumenya akan baik2. mcm mn pn intan takan lupa pertama kali kenal akk n bnda pertama intan rasa dari bekal akk T_T

    ReplyDelete